1.0 RASIONAL
Sejak kebelakangan ini pihak sekolah mendapati ramai pelajar tidak menyiapkan kerja rumah dan selalu
tidur dalam kelas. Golongan pelajar ini bersikap malas. Sikap malas pelajar ini telah membawa kesan
negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Untuk mengatasi masalah ini, maka pihak
sekolah telah menjalankan satu program khas yang dinamakan “Program Harapan”.
2.0 Tema: Program Harapan
3.0 Matlamat
3.1 Memupuk nilai bertanggungjawab dan kerajinan di kalangan pelajar.
3.2 Meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan belajar di sekolah.
4.0 Objektif
Melalui pelaksanaan program ini, diharapkan pelajar-pelajar yang terlibat akan dapat:
4.1 Berusahamematuhi peraturan sekolah.
4.2 Berusaha mengikis malas dalam diri.
4.3 Melantik diri menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab dan rajin.
.
5.0 Tarikh
Sepanjang tahun
6.0 Tempat
SMK TINGGI SARIKEI
7.0 Pelaksanaan
Program ini mula dilaksanakan pada bulan April. Semua guru dan guru-guru bimbingan dan kaunseling(GBK) merupakan penggerak bagi program ini. Guru-guru kelas yang mendapati pelajar seringkali tidak menyiapkan kerja rumah mereka atau tidur dalam kelas boleh menghantar nama pelajar berkenaan kepada pihak PK HEM atau GBK. Bimbingan akan diberikan kepada pelajar berkenaan terlebih dahulu. Sekiranya pelajar berkenaan masih tidak mengubah sikap malas selepas diberi bimbingan dan teguran, maka mereka akan diberi sekeping Kad Oren. Pelajar yang memegang kad oren ini dikehendaki datang berjumpa dengan GBK sebanyak dua kali sehari bagi mendapatkan tandatangan.
8.0 Penutup
Dengan kerjasama pihak-pihak yang terlibat, diharapkan Program Harapan ini dapat dilancarkan
dengan jayanya dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang rajin dan berdisiplin tinggi.